Description: To Eimah http://cemboy2k.multiply.com ~ here's d recipe...
Note : Gunakan Roti Prata segera yang mentah bukan yang telah dimasak separuh. Kami mencadangkan jenama Chinatown dan Kawan...
Ingredients: Roti prata instant
Untuk Inti Tuna ~ 3 tin tuna 3 batang celery ~ dihiris 1 biji lada capsicum ~ dihiris 1 biji bawang Jepun ~ dipotong dadu 1 sudu makan cuka apple cider atau jus lemon 4 sudu makan serbuk lada hitam 3 atau 4 sudu makan mayonnaise (lebihkan jika mahu)
Untuk Inti Sardin ~ 1 tin sardin 1 biji bawang besar, didadu 7 biji cili padi thai, dihiris 2 sudu besar mayonnaise garam dan serbuk perasa (jika suka)
Untuk Sapu ~ 1 biji telur 1 sudu besar susu segar
Cara untuk Inti ~ Tumis cili padi dan bawang dengan sedikit minyak hingga naik bau. Masukkan sardin dan bahan perasa. Gaul sehingga ia kering dan campurkan mayonnaise. Gaul rata dan siap untuk digunakan.
Directions: Cara untuk membuat Instant Puff ~ Prata bentuk bulat digunting menjadi 2 (semicircle). Isikan inti dan lipat bentuk "V" kanan dan kiri. Atur di loyang pembakar dan sapu atasnya dengan campuran telur dan susu segar. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 30 minit.