Advertised @ BERITA HARIAN 2day ~ 30th May 06...
Bole diamalkan pd sumer pasangan2 yg lain... yg sangat berguna ku rasakan, walaupun kita bukanlah dari kalangan artis... kerna kita juga MANUSIA BIASA... tk lepas dari kesilapan. Juz 2 share wif u... and enjoy d read...
PETUA '8P' USTAZAH 'CAKAR HARIMAU' 
USTAZAH 'Cakar Harimau', Siti Nur Bahyah Mahmood, berkata bahawa rumah tangga pasangan artis Yusry Abdul Halim dan Erra Fazira boleh diselamatkan daripada kehancuran jika pasangan yang kini hidup berasingan, sanggup mengamalkan Petua 8P Siti Nur Bahyah.
Beliau, 40 tahun, menurunkan petua 8P kepada pasangan itu dan artis lain yang menghadapi masalah rumah tangga bagi mengelakkan perceraian.
Petua 8P Siti Nur Bahyah juga elok jika diamalkan pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim yang membina hidup baru apabila mereka merujuk semula selepas bercerai, baru-baru ini.
Apakah 8P itu? Berikut penerangannya:
P: Puji
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu dengan lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
P: Peluk
Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu dengan lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
P: Penghargaan
Penghargaan melalui amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
P: Perhatian
Ini penting kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
P: Persefahaman
Kerjaya sebagai artis memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
P: Pergaulan
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain dan elakkan daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
P: Percutian
Artis-artis juga perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan peminat.
P: Permohonan
Ini bermakna memohon doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Ustazah Siti Nur Bahyah yang telah menulis buku-buku seperti Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda, juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan lagi hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri.
Ini dengan membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama, bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri kepada Allah.
Ustazah Nur Bahyah selanjutnya berkata, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwanya yang kosong.
'Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga,' katanya. - Harian Metro Edisi Kuala Lumpur.